Tarikh: 20th November 2011, Ahad
Masa: 5.30am – 11.00am
Tempat: Youth Park Penang.
Masa: 5.30am – 11.00am
Tempat: Youth Park Penang.
Tarikh: 19 November 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00am - 6.00pm
Tempat: Straits Quay, Penang
Organiser: Preschool Education Committee of Penang Education Council
Tel: 04-228 3306
Email:
educationpenang@gmail.com /
fatimah@seri.com.my /
athirah@seri.com.my
INTERAKSI BALIK PULAU 2011
Program-program 'Interaksi Balik Pulau 2011'
1hb Oktober 2011, Sabtu
PAMERAN AGENSI KERAJAAN
9 pagi – 5 petang
Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba & Penyelamat, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perikanan Negeri dan banyak lagi
KEMPEN DERMA DARAH
9 pagi – 5 petang
PERTANDINGAN MEWARNA DAN BENGKEL MELUKIS
9 pagi – 10.30 pagi
PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN
9 pagi – 10.30 pagi
SENAMROBIK
9 pagi – 10 pagi
MAJLIS PERASMIAN INTERAKSI BALIK PULAU & PELANCARAN DATARAN MUAFAKAT
9.30 pagi – 10.15 pagi
PIDATO PEMBANGUNAN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
10.15 pagi – 11 pagi
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Profesor di universiti terkemuka dunia ini akan memberikan pidato bertajuk, “Ada Apa Dengan Pembangunan?”
KENDURI RAKYAT
11 pagi – 1 petang
Jamuan makan yang ditaja oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusoff sempena maraikan program Interaksi Balik Pulau
PASAR SENI BALIK PULAU
10 pagi – 12 tengah malam
Nama pasar seni diambil sempena nama lokasi acara diadakan dan juga bertujuan untuk merakyatkan seni ke tempat awam seperti contohnya di Kompleks Pasar Awam ini. Pelbagai aktiviti akan diadakan di bawah program PASAR SENI BALIK PULAU iaitu;
• Konsert hari pertama menampilkan sensasi baru dunia nyanyian Najwa Latif, Azhan Atan dari Akademi Nasyid, band asal Balik Pulau, Marble Band dan banyak lagi band muzik dari seluruh Pulau Pinang.
• Persembahan kesenian tradisional
• Pembacaan puisi dari pengkarya muda
• Bazar jualan produk seni dan kraftangan
• Wayang pacak atau lebih dikenali dengan nama wayang milo
• Pameran foto Balik Pulau
PAMERAN MOTOSIKAL
12 tengah hari – 4 petang
Anak-anak muda dengan motosikal mereka akan bertarung untuk menjadi pemenang pertandingan motor berhias tercantik.
BENGKEL UNDI MALAYSIA
2 petang – 5 petang
Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa anak-anak muda dengan isu yang dekat dan penting bagi mereka seterusnya dapat dilahirkan dalam bentuk tindakan seperti bagaimana nantinya isu tersebut cuba ditangani bersama wakil rakyat di kawasan mereka.
MALAM ANUGERAH BALIK PULAU TERBAIK
8 malam – 9 malam
Penerima anugerah terdiri daripada anak-anak kelahiran Balik Pulau yang telah mengharumkan nama Balik Pulau dan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.. Program diserikan lagi dengan persembahan istimewa dari Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
WAYANG MILO
9 malam
Tayangan filem
2hb Oktober 2011, Ahad
PAMERAN AGENSI KERAJAAN
9 pagi – 5 petang
Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba & Penyelamat, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perikanan Negeri dan banyak lagi
FORUM INTERAKSI PEMBANGUNAN BALIK PULAU
9 pagi – 5 petang
Program ini akan menggunakan pendekatan baru berbeza dengan forum-forum lain iaitu dengan mengambil pendekatan Interaksi & koloborasi kunci falsafah 'Muafakat'. Panitia mengalu-alukan warga Balik Pulau untuk mengambil peluang sebagai pembentang kertas kerja, pendiskusi dan lain-lain. Terbahagi kepada 4 sesi iaitu;
Interaksi 1 - Balik Pulau sebagai Hub Pendidikan
Interaksi 2 - Balik Pulau Kampung Lestari
Interaksi 3 - Balik Pulau Dan Pembangunan Masyarakat
Interaksi 4 - Agenda Muafakat Balik Pulau
BENGKEL HAK ASASI & TATA KELOLA OLEH SUHAKAM
9.00 pagi – 1 petang
Bengkel tentang hak asasi manusia dikendalikan oleh Suhakam
PASAR SENI BALIK PULAU
9 pagi – 5 petang
• Konsert hari kedua menampilkan kumpulan-kumpulan muzik independen baru
• Persembahan kesenian tradisional
• Pembacaan puisi dari pengkarya muda
• Bazar jualan produk seni dan kraftangan
• Pameran foto Balik Pulau